Berita

Beri pendedahan,cegah kerosakan

RMS

LIPIS, 21 Julai 2020 - Kursus Asas Teknologi Maklumat yang diadakan di Bilik Gerakan PDT Lipis telah berjalan dengan lancar. Kursus ini melibatkan Pembantu Tadbir dari 12 pejabat mukim penghulu sekitar daerah Lipis serta kakitangan yang lain. Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Latihan dan Unit Teknologi Maklumat PDT Lipis.

Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan pengenalan Windows, komponen komputer dan langkah pencegahan bagi mengelakkan kerosakan pada komputer. Di akhir kursus ini diharap peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus di Pejabat Penghulu masing-masing.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 3 kali.


Kembali ke Atas