Berita

Banjir kilat di Sungai Lik

RMS

CHEKA 1, 1 Ogos 2018 – Akibat hujan lebat yang berterusan di Kampung Limau Purut, paras air di Sungai Lik telah meningkat. Peningkatan paras air sungai hingga ke ketinggian kira-kira 8 sm. Banjir tersebut telah menutupi sebahagian jalan yang menghubungkan Kampung Limau Purut ke jalan utama tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan.

Antara lain, kejadian tersebut menyebabkan satu unit kediaman telah dinaiki air akibat banjir. Mangsa yang terlibat adalah Encik Zamri bin Ibrahim serta empat orang ahli keluarga yang turut mendiami kediaman tersebut. Air telah meliputi sebahagian ruang rumah tetapi keluarga tersebut tidak perlu berpindah kerana keadaan masih dalam keadaan terkawal.

Penghulu Mukim Cheka 1, Encik Faiz bin Abdullah serta JKKK Kampung Limau Purut telah hadir bagi meninjau keadaan banjir tersebut setelah mendapat maklumat dari orang ramai. Hasil tinjauan air banjir kembali surut kira-kira jam 11 malam.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 28 kali.


Kembali ke Atas