Berita

Banjir kilat di Kampung Sungai Lik

RMS

CHEKA 1, 3 November 2018 - Akibat hujan lebat yang berterusan di Kampung Limau Purut, paras air di Kampung Sungai Lik telah meningkat dan menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku kira – kira jam 6.30 pagi. Difahamkan kejadian tersebut telah menyebabkan satu unit kediaman  iaitu kediaman Encik Zamri Bin Ibrahim dengan ahli isi rumah seramai  4 orang. Air telah meliputi sebahagian ruang rumah tetapi keluarga tersebut tidak perlu berpindah kerana keadaan masih terkawal. Kedalaman paras air di dalam rumah dianggarkan setinggi 3 kaki.

Setiausaha JKKK Kampung Limau Purut  En.Mazik Bin Harun serta JKKK Kampung telah hadir untuk meninjau keadaan banjir tersebut setelah mendapat maklumat dari orang ramai. Hasil tinjauan air banjir kembali surut jam 2.00 petang. Kejadian tersebut menyebabkan laluan jalan tersebut terputus dan hanya boleh di lalui oleh kenderaan berat sahaja. Tiada kemalangan jiwa di laporkan.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 35 kali.


Kembali ke Atas