Berita

Banjir kilat di Benta diberi perhatian segera

RMS

LIPIS, 1 Jun 2020 -  YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Benta, ditemani Pengurus Daerah JPS Lipis Dan Pengurus Daerah JPS Jerantut berbincang bagi mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah banjir kilat sekitar DN Benta.Beliau bersama rombongan turut melawat kawasan parit dan longkang yang sering menjadi punca berlakunya banjir kilat disitu.

Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang ) akan terus melakukan yang terbaik bagi membela nasib rakyat dan berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah mereka. Sama-sama kita doakan semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas