Berita

Bakal menganjurkan kejohanan gasing berimpak besar

RMS

GUA, 7 Julai 2018 – Kejohanan Gasing Pangkah Tradisional Terbuka Jemputan Mukim Gua 2018 anjuran Persatuan Gasing Pangkah Mukim Gua dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis dan Tourism Pahang. Kejohanan tersebut telah  disertai  6 pasukan yang melibatkan peserta dari pelbagai peringkat umur dari pelbagai daerah dalam negeri Pahang.

Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Padang Tengku Yang Berhormat Dato’ Mustapha Bin Long . Beliau juga menyatakan bahawa selepas ini akan menganjurkan kejohanan gasing lebih besar yang mampu melibatkan peserta – peserta dari seluruh Negeri .

Pasukan – pasukan yang memenangi kejohanan ini adalah seperti berikut :

Tempat pertama       :           Pasukan Campuran Temerloh

( Ketua : Aminuddin bin Mohd Hashim )

Tempat kedua          :           Pasukan Kuala Medang

( Ketua : Muhammad Ridzuan bin Mohd Yasin )

Tempat ketiga           :           Pasukan Campuran Temangau

( Ketua : Roslan bin Jaffar )

Tempat keempat      :           Pasukan Campuran Lipis

( Ketua : Halim bin Kamarudin )

Saguhati                    :           Pasukan Gasing Mukim Gua

( Ketua : Bador Hisam bin Mohamad Nor )

Saguhati                    :           Pasukan Gasing Batu Nering

( Ketua : Rosli bin Yahya )


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 42 kali.


Kembali ke Atas