Berita

Aplikasi PahangGo mudahkan anggota bomba Sungai Koyan

RMS

LIPIS, 11 November 2019 - Aplikasi PahangGo yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru memudahkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan di sini untuk melakukan urusan harian mereka.Menurut Maisarah Manani Ahmad, tugasnya sebagai anggota bomba yang kadang-kala terlibat dalam operasi berhari-hari menyebabkannya kekurangan masa untuk berurusan di pejabat-pejabat kerajaan, institusi kewangan mahupun pejabat pos berhampiran.

“Tambahan pula jika hendak ke bank berdekatan selain urusan ATM, dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan ini jaraknya diantara 20 hingga 25 kilometer kerana saya perlu ke Bandar Lipis.

"Maka dengan adanya aplikasi PahangGo ini ianya amat memudahkan kerana dari balai bomba ini pun saya boleh membayar segala bil utiliti, boleh membeli tiket bas dan mendapat pelbagai maklumat berkenaan Negeri Pahang.

“PahangGo telah banyak menyelesaikan masalah saya dan rakan-rakan di sini. Ramai anggota bomba di Sungai Koyan telah menggunakan aplikasi PahangGo ini, terima kasih Kerajaan Negeri Pahang," katanya.

Sumber : Facebook Kerajaan Negeri Pahang

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 39 kali.


Kembali ke Atas