Berita

Anugerah Potongan Zakat Terbaik 2018

RMS

KUANTAN, 16 Mei 2019 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah dianugerahkan Majikan Terbaik bagi Anugerah Potongan Zakat Terbaik 2018 untuk Kategori Jabatan Kerajaan Negeri bersempena Majlis Berbuka Puasa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bersama YAB Menteri Besar Pahang. 

Majlis yang berlangsung di Astana Ballroom, Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Lipis iaitu YH. Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 13 kali.


Kembali ke Atas