Berita

Ahmad Tarmizi sihat, stabil

RMS

KUALA LIPIS, 27 Ogos 2018 - Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara(Perhilitan) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli,30, dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil. Tarmizi dimasukkan ke Hospital Kuala Lipis semalam untuk rawatan selepas hilang 14 hari di Hutan Simpan Yong,Taman Negara. Dia dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada Rabu ini.

Pengarah Kesihatan Negeri,Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata,mangsa semakin pulih selepas ditemukan dalam keadaan lemah, Sabtu lalu. Menurutnya,pihak hospital telah mengambil darah mangsa bagi ujian lanjut dan masih menunggu keputusan.

"Mangsa (Ahmad Tarmizi) dalam keadaan okay,sihat dan tiada kesan gigitan serangga ditemui pada badannya. "Buat masa ini mangsa tiada masalah kesihatan dan dia masih dipantau.Mangsa dijangka dibenarkan keluar pada Rabu ini,"katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, pihaknya juga telah membuat pemeriksaan terhadap sukarelawan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). "Setakat ini 50 sukarelawan telah diperiksa dan disahkan sihat dan tiada masalah kesihatan,"katanya lagi.

Sementara itu, Tarmizi dan keluarganya enggan memberi sebarang komen setakat ini. "Minta maaf dan saya tidak mahu,lain kali sahaja,"kata Ahmad Tarmizi.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 29 kali.


Kembali ke Atas