Berita

21,000 ekor benih ikan lampan dan kelah dilepaskan

RMS

LIPIS, 7 November 2019 - Jabatan Perikanan Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh telah mengadakan program pelepasan benih ikan di Santuari Kelah Kuala Juram, Merapoh, Lipis. Sebanyak 21,000 ekor benih ikan yang terdiri daripada kelah dan lampam sungai telah dilepaskan ke perairan sungai tersebut. Objektif bagi program ini adalah bagi memelihara pembiakan ikan kelah di Santuari Kelah Taman Negara Sungai Relau Merapoh.

Rombongan menaiki keretapi dari Kuala Lipis ke Merapoh seterusnya disambut oleh kakitangan Taman Negara Sg Relau Merapoh menuju ke Santuari Kelah. Program telah disempurnakan oleh YH. Dato' Zaman Azam Bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Pahang. Program ini turut dihadiri oleh YH. Dato' Haji Azahari Bin Haji Othman, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, En. Mohd Rizal Bin Mohd Nor, Penghulu Mukim Batu Yon (II) Merapoh dan En. Mohamad Syazwan Fais Bin Mohamad Rodzi, Penolong Penguasa Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 2 kali.


Kembali ke Atas