Berita

10 tan makanan untuk penduduk Pos Lenjang

RMS

LIPIS, 27 Julai 2020 - Barangan keperluan harian seberat 10 tan dihantar menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke penempatan Orang Asli di Pos Lenjang, di sini yang terputus hubungan selepas kejadian banjir lumpur, kelmarin.Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin, berkata bantuan bencana bernilai RM85,000 itu disediakan sepenuhnya oleh kerajaan Pahang melalui JKM dalam usaha meringankan beban masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan diluluskan segera oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebaik sahaja mengetahui kejadian banjir lumpur yang berlaku kelmarin hingga menyebabkan perhubungan Pos Lenjang dengan dunia luar terputus.Katanya, bantuan keperluan harian seperti beras, minyak masak, ikan masin, gula, kopi, teh dan sardin untuk kegunaan selama lima hari diagihkan kepada 403 ketua keluarga.

"Dua penerbangan ihsan menghantar keperluan harian terbabit menggunakan kawasan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford bermula jam 11 pagi tadi," katanya, di sini, hari ini. Beliau yang turut memantau proses penghantaran bantuan terbabit, berkata difahamkan.

Pejabat Menteri Besar Pahang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang juga akan menghantar bantuan keperluan harian selepas ini. Zulkhairi berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis termasuk beberapa agensi kerajaan lain turut sama berusaha membantu memulihkan keadaan berlaku berikutan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan perhubungan terputus.

"Terdapat seramai 847 penduduk membabitkan lima kampung di kawasan Pos Lenjang dan Pos Titom yang turut menempatkan dua sekolah rendah," katanya. Dalam kejadian banjir lumpur disebabkan kepala air yang membawa bersama lumpur Sabtu lalu, menyebabkan tiga rumah musnah dan terputus hubungan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas