Perutusan Pegawai Daerah

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat datang ke Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dan saya mengalu-alukan kesudian tuan/puan untuk melayari portal rasmi ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan pentadbiran ini dan Daerah Lipis amnya.

Pentadbiran Daerah Lipis pada dasarnya amat komited untuk memastikan Daerah Lipis membangun selaras dengan arus pembangunan negara.  Meskipun Daerah Lipis berada di kawasan luar bandar, penyediaan infrastruktur dan kemudahan sentiasa dirancang dan dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada masyarakat Daerah Lipis.

Daerah Lipis masih mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi dan tenaga manusia yang boleh digembleng.  Sumber alam seperti tanah yang masih boleh dibangunkan, hutan dan gua semula jadi yang perlu dipelihara seperti di Merapoh dan Taman Rimba Kenong, budaya tradisional dan sumber intelek penduduknya.

Pembangunan infrastruktur seperti Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Kuala Krai ke Simpang Pelangai yang jajarannya melalui kawasan seperti Merapoh, Chegar Perah, Kechau Tui, Kg. Relong dan Benta dijangka akan membuka ruang untuk pembangunan koridor baharu.  Selain itu, pembangunan semula Bandar Kuala Lipis sebagai Bandar Warisan Bersejarah dilihat mampu menjadi tarikan pelancongan. Dari segi ekonominya, perancangan pembesaran kawasan industri di Kechau Tui, pewujudan kawasan perindustrian ringan yang baharu di Bandar Kuala Lipis, Taman Herba di Chegar Perah melalui ECERDC diharap dapat meningkatkan peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk setempat.

Besarlah harapan untuk melihat segala perancangan pembangunan Daerah Lipis dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Usaha dan kerjasama pimpinan Daerah, Jentera Kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan penduduk Daerah Lipis seluruhnya yang baik memungkinkan semua hasrat ini dicapai.

Akhir kata, selamat melayari portal rasmi ini dan pentadbiran ini amat mengalu-alukan pandangan dan idea semua golongan bagi membangunkan Daerah Lipis yang kita cintai ini.


Salam sejahtera.

Terima kasih.

DATO' MOHD HAFIZI BIN IBRAHIM, DIMP.,SMP.,AAP.,AMP
PEGAWAI DAERAH LIPIS 

Tarikh Kemaskini: 04/01/2019 16:01:26

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 570 kali.


Kembali ke Atas