Tokong Thean Hou (1898)

Tokong Thean Hou telah dibina oleh penganut-penganut Buddha di Lipis pada tahun 1898 yang diketuai oleh kapitan dari keturunan Ong.Kedudukan tokong ini yang menghadap Sungai Jelai dipercayai bertujuan untuk menjaga keselamatan nelayan ketika itu.Berhala yang berada di dalam tokong ini telah dibawa dari Negara Cina.

Di dalam tokong terdapat sebuah batu yang diukir mengenai sejarah tokong ini. Batu bersurat yang dibina pada masa yang sama menceritakan nama-nama penderma yang membiayai pembinaan tokong. Didapati ada yang menderma 2 atau 5 dan 50 wang perak.Kerajaan British pada masa tersebut menyumbang sebanyak 150 wang perak.Selain itu,terdapat sebuah ukiran kayu yang dibuat sejak tokong ini didirikan pada tahun 1898. 

Pada tahun 1926 dan 1971 banjir besar berlaku mengakibatkan sebahagiaan daripada tokong ini rosak teruk dan telah dibina semula menggunakan struktur konkrit. Kedudukan tokong ini yang berada di tengah-tengah Bandar Kuala Lipis telah menjadikannya tarikan kepada para pelancong tempatan pelancong luar.

Tarikh Kemaskini: 26/11/2018 16:40:16

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 41 kali.


Kembali ke Atas