Stesen Keretapi (1926)

Landasan keretapi dibina pada tahun 1926 oleh kerajaan British, ia merupakan jalan darat yang pertama diperkenalkan di Kuala Lipis.Perkhidmatan ini mula beroperasi pada tahun 1926, yang bertujuan untuk menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Bharu di selatan, Chegar Perah di utara dan Tumpat Kelantan. 

Ketika zaman Jepun, landasan keretapi digunakan sebagai laluan mengangkut tentera Jepun ke selatan untuk menawan Singapura. Selain itu,keretapi penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebahagian besar hasil ekonomi disalurkan melalui perkhidmatan ini iaitu emas dan bijih. 

Pada tahun 1985 perkhidmatan keretapi ini telah merayakan tahun yang ke-100.Sebagai satu cara sambutan, sepasukan Pegawai-pegawai Tinggi Keratapi Tanah Melayu(KTM) telah menaiki sebuah keratapi khas yang memulakan perjalanan dari Johor Bharu ke Tumpat Kelantan. Sebagai satu penghormatan kepada stesen keretapi yang terbesar dan bersejarah rombongan tersebut telah singgah di stesen keretapi Kuala Lipis. Perkhidmatan keretapi kini telah memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Tarikh Kemaskini: 26/11/2018 16:46:06

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 29 kali.


Kembali ke Atas