Pahang Club (1970)

Pahang Club merupakan bangunan terawal dibina oleh British pada tahun 1907. Tapak bangunan ini ialah tapak pertama pihak Inggeris mentadbir Pahang. Rumah ini di bina untuk tujuan kediaman Hugh Clifford yang memegang jawatan ‘Supritendent’ Ulu Pahang ketika itu. Pada Jun 1898, Kuala Lipis telah menggantikan Pekan sebagai Ibu Negeri Pahang dan rumah ini menjadi kediaman untuk Residen British. 

Hugh Clifford telah memilih Bukit Residen untuk membina kediaman baru bagi memudahkan mengawal kawasan Lipis dan rumah tersebut telah siap dibina pada tahun 1922. Setelah Hugh Clifford berpindah, rumah ini telah didiami oleh Inspektor Polis British sehingga tahun 1926. Beliau mengetuai keanggotaan Polis British di mana ahlinya seramai 100 orang yang terdiri daripada orang Sibu,Dayak, dan Melayu. Pada pertengahan tahun 1926 rumah ini telah ditinggalkan dan kerajaan Inggeris telah menjadikannya sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai British. 

Rumah ini sedikit pun tidak dilakukan pengubahsuaian bertujuan untuk menjaga keaslian seni binanya.Semasa menjadi Kelab Pahang, rumah ini dikawal rapi. Menurut seorang tukang kebun iaitu Pak Razak bukan sebarang orang yang boleh naik ke rumah itu yang mana mestilah berpakaian kemas,bertali leher dan kasut mestilah berkilat.Semasa rumah ini ditinggalkan dahulu pernah di ura-urakan untuk dijadikan istana tetapi didiamkan kerana cadangan tersebut di tolak oleh pihak istana. 

Pada tahun 1957 keahlian kelab hanya untuk orang-orang kenamaan, orang British, dan pegawai tinggi kerajaan sahaja. Apabila Malaya merdeka keahlian kelab di buka untuk orang-orang tempatan yang berduit dan tidak mengira kaum.Aktiviti kelab ini ialah untuk kemudahan rekreasi,aktiviti sukan seperti tennis,badminton dan takraw serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan.


Tarikh Kemaskini: 26/11/2018 16:48:36

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 35 kali.


Kembali ke Atas