Masjid Negeri (1888)

Masjid Negeri ini,telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hasan. Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya,atap masjid di perbuat daripada papan. Masjid ini telah di jadikan Masjid Negeri Pahang kerana kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898, sebelum ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955. 

Menurut cerita orang tua-tua, salah satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada tahun 1926 dan 1971. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia. Manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi, yang merupakan imam kedua masjid ini. Pada masa itu,gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan zakat. Imam yang pertam menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih Bin Hussin. 

Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato’ Abu Samah bin Haji Ali (Setiausaha Kerajaan Pahang) , Tun Abdul Razak bin Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah. Pada tahun 1980 pengurusan masjid ini telah di ambil alih oleh masyarakat India Muslim sehinggalah sekarang,pada ketika ini masjid tersebut di kenali sebagai Masjid India.

Tarikh Kemaskini: 26/11/2018 16:39:20

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 44 kali.


Kembali ke Atas