Asrama Melayu (1926)

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1926, ia merupakan bangunan yang terbesar dan tercantik di kawasan Sekolah Clifford. Dengan terbinanya asrama ini, Sekolah Menengah Clifford dianggap sebagai sekolah berasrama penuh (Boarding School). Pelajar-pelajar yang memasuki sekolah ini merupakan pelajar yang datang dari merata tempat di seluruh Negeri Pahang.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan markas terbesar mereka untuk urusan pentadbiran.  Menurut satu sumber, Sekolah Clifford merupakan “head quarters” tentera Jepun dan tempat penyeksaan serta pembunuhan tahananya. Menurut YH Dato’ Wan Abdul Rahman, kawasan kantin dan dewan sekolah tersebut merupakan tempat Jepun untuk menyeksa orang, contohnya merendam kepala mangsa ke dalam air sabun dan kemudiannya memijak perut tahanan sehingga pecah. Kejadian ini semua disaksikan oleh beliau sendiri.

Dahulu kawasan kantin sekolah adalah kawasan lapang untuk memancung kepala pesalah.  Selain itu, terdapat sebuah bilik yang menempatkan asrama untuk KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Muadzam Shah.  Kini bilik ini telah menjadi untuk guru Penolong Kanan dan pejabat pentadbiran Sekolah Clifford.


Tarikh Kemaskini: 26/11/2018 16:45:21

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 45 kali.


Kembali ke Atas