Laman Web Rasmi PDT Lipis

Font Size

Cpanel

Soalan-Soalan Lazim

UNIT PELUPUSAN TANAH


PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN

1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan tanah? 
       a. Borang Jadual 1
       b. Pelan permohonan
       c. Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri/suami
       d. Surat permastautinan (jika berkaitan)

2. Apakah kategori permohonan tanah?
       a. Pertanian (getah)
       b. Pertanian (dusun)
       c. Pertanian (kelapa sawit)
       d. Pertanian (paya)
       e. Pertanian (kolam ikan)
       f. Bangunan (tanah rumah) 

3. Bagaimana permohonan di tolak?
       Sila rujuk KTP 6

4. Bagaimanakah ingin mengetahui status permohonan tanah? 
       Sila rujuk kepada Pembantu Tadbir Permohonan

5. Bilakah geran tanah boleh dikeluarkan? 
       Setelah menjelaskan Borang 5A

 

UNIT HASIL


TUKAR SYARAT PERTANIAN

1. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan tukar syarat Pertanian kepada Pertanian? 
       a. Borang tukar syarat
       b. 1 sijil carian rasmi (asal)
       c. 1 salinan resit bayaran cukai tanah bagi tahun semasa
       d. 1 salinan suratan hakmilik daftaran (geran)
       e. Salinan kad pengenalan pemohon

2. Berapa lama tempoh bagi proses tukar syarat pertanian kepada pertanian?
       14 hari dari tarikh permohonan dan sehingga Notis 7G dikeluarkan.

3. Adakah urusan boleh dibuat setelah salah seorang penama di dalam geran yang ingin dibuat tukar syarat telah meninggal dunia?
        Tidak boleh. Sekiranya terdapat salah seorang penama di dalam hakmilik berkenaan telah meninggal dunia maka permohonan tukar syarat tidak boleh dilakukan. Pemohon disyorkan untuk membuat pembagian harta pusaka terlebih dahulu.

4. Berapakah keluasan yang boleh dipohon dan diluluskan hanya diperingkat daerah?
       Tidak melebihi 4 hektar. Bagi permohonan tukar syarat pertanian kepada pertanian yang melebihi 4 hektar, kelulusan dibuat oleh pihak berkuasa negeri dan fail akan di angkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang (MMK) terlebih dahulu.

5. Berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada pemohon untuk membayar Notis 7G?
       3 bulan dari tarikh Notis 7G.

6. Adakah permohonan tukar syarat nyata tanah daripada pertanian kepada bangunan boleh dilakukan di Pejabat Tanah Daerah?
       Tidak boleh. Bagi permohonan tukar syarat nyata tanah daripada pertanian kepada bangunan, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

PECAH SEMPADAN SERENTAK

1. Adakah urusan Pecah Bahagian dan Tukar Syarat Serentak boleh dibuat setelah pemilik meninggal dunia? 
       Tidak boleh. Pemohon perlu menyelesaikan tuntutan harta pusaka terlebih dahulu.

2. Bolehkah geran sementara dibuat Pecah Sempadan?
       Tidak boleh. Pecah Bahagian hanya boleh dilakukan setelah mendapat geran kekal.