Laman Web Rasmi PDT Lipis

Font Size

Cpanel

Pengenalan

pejabat

Pejabat Daerah dan Tanah Lipis merupakan pusat pentadbiran daerah Lipis yang telah beroperasi seawal tahun 1919.

Matlamat PDT Lipis adalah untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi agar setanding dengan daerah-daerah lain dalam membangunkan negeri Pahang.

PDT Lipis berperanan penting dalam pentadbiran daerah ini dari segi pengurusan dan pembangunan daerah serta perkara-perkara berkaitan tanah. Bersesuaian dengan ini, PDT Lipis mempunyai tiga (3) bahagian, iaitu:

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
    - menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, majlis/keraian dan pengurusan data
  • Bahagian Pembangunan Daerah
    - menguruskan pembangunan daerah dari segi fizikal dan kemasyarakatan
  • Bahagian Pengurusan Tanah
    - menguruskan hal ehwal pendaftaran, hasil, penguatkuasaan undang-undang, pembangunan dan pelupusan tanah